Showing posts with label misc. Show all posts
Showing posts with label misc. Show all posts
20110703
20110505
how time flies
Terasa cepat betul waktu berlalu. Masih terasa seperti baru semalam aku melahirkan Areeq. Lagi sebulan genap setahun. Rindu pada Areeq yang kecil. Begitu cepat anak ibu membesar. Setiap hari ada saja keletah Areeq yang baru. Syukur kerana diberi peluang melihat Areeq membesar di depan mata. 24 jam sehari tak puas bermain bersama. Alangkah indahnya jika setiap hari tak perlu aku menghantarnya ke rumah pengasuh. Setiap kali melambai Areeq, setiap kali juga ler sayu saja hati aku. Terasa begitu lambat masa berjalan sehingga petang. Bila petang tak sabar rasanya nak cepat sampai ke rumah pengasuh. Tersenyum panjang Areeq bila melihat ibu dan ayah di pintu pagar. Hilang segala penat hari itu.


20110427
sama tak?
Yang di atas tu adalah anak buah saya. Yang di bawah tu adalah adik lelaki saya. Sama tak gaya diaorg. Yang bezanya ialah anak buah saya ni garang but ayahnya pulak masa kecik-kecik tu terlalu ler manja. Kena marah skit mesti nk nangis. Time zaman budak-budak dulu mak saya dan saya selalu panggil adik saya ni NN. NN tu stand for Noreen Noor. Sebabnya NN kan suka buat suara ala2 manja hek hek hek. Macam tu ler yang adik saya suka buat. tapi skrang ni anak buah saya ni mcm ala2 ganas pulak. Suara pun besar. Tp merajuk mmg tatap no. 1.
20110426
SMILING
Areeq dah 10 bulan. Semakin bijak dan nakal. Penat nak mengawal pergerakkan dia. Susah betul nk duduk diam. Ada saja kerja yang dia nak buat. Mengamuk dah pandai skrang. Kalau apa yang dikehendakinya tak dapat. Bila kita merajuk pandai juga datang nak memujuk. Tekap mulut dia dengan pipi ayah ibu. Walaupun penuh dengan salivanya tapi itu yang ayah dan ibu suka :)




