Hari ke-11 berpuasa, piscesandleo 1st time berbuka di luar. Dah jemu juadah2 kat pasar ramadhan. Budak2 ofis pisces ajak berbuka ramai2 kat Flaming Steamboat Sunway. Tanya Leo dia ok jer sebab dekat dengan rumah. Tak perlu berulang-alik mcm thn lepas. Thn lepas berbuka di Alamanda Putrajaya so dr ofis pisces pulang ke rumah kena 2 kali tol. Amik Leo dan ke Alamanda 2 kali tol lagi. Pastu nk balik umah 2 kali tol lagi. Dicampur tol time pisces nak pergi keja pagi tu, jadi 8 kali tol bersamaan dengan 12.80. Lgpun sekali sekala berbuka di luar best juga.
As usual, pisces keluar ofis pukul 4.30 pm dan terus balik ke rumah. Tunggu Leo sampai di depan guard house pukul 5.20pm. Kitaorg naik atas sekejap then pukul 6pm bertolak ke Sunway Pyramid (SP). Park kereta dalam SP so nnt nak ke Flaming kena berjalan. Tujuan lain dtg ke SP ni sebab nak beli barang yang takde time shopping kat Mydin Sabtu lepas. Masuk Jusco cari2 barang yang diperlukan dan turun ke wet market Jusco. Nak cari something yg boleh dimakan dahulu time berbuka .Kitaorg plan nak sembahyang first before ke Flaming. So beli sebotol air mineral dan 3 butir sushi.
Lps azan minum air + sebutir sushi dikongsi berdua terus pergi sembahyang. Risau orang ramai tp takde orang pun disebabkan hr tu bukan hari cuti. Kalau weekend maybe ramai. Lepas sembahyang sambung mkn sushi dan bergerak ke Flaming. Flaming Steamboat ni terletak di luar SP di mana berhampiran Sun Inns Hotel. Harga buffet dia RM21.90.
Pusingan pertama
Sampai di sana terus mengambil pelbagai bahan utk di masukkan ke dalam bekas ini. Ishh lapar ler pulak bila tengok makanan ni. Kebetulan Napi, Farid n Adik Farid baru tiba so kami duduk semeja. Acara makan berlangsung dengan senyap sepi sebab semua pun lapar.


Pusingan kedua
Lepas pusingan kedua masing2 dah ketat perut. Dan ramai yang dah minta diri untuk beredar sebab nak pergi terawih. Ok pergi terawih tu tipu jer. Semua dah nak balik rumah memandangkan keesokkan hari adalah hari bekerja.
Terima kasih kepada Mr Duku yang telah sudi organize majlis berbuka ni. Risau juga dia kalau ada yang tak dtg sebab bila dah booked byk tu so kena bayar pun banyak tu. Alhamdullilah semua yang nak dtg telah sukses hadir.
Muka puas piscesandleo setelah kenyang. Memandangkan jam masih awal dan kedai2 di SP juga belum tutup, maka pisces telah request pada Leo utk jln2 cuci mata sekejap. Hampir pukul 10 kitaorg bergerak pulang. Odw pulang pisces berfikir2 apa yang nak dimasak utk sahur nnt. Akhirnya Leo mencadangkan masak ikan bilis grg sambal. So simple dan menjimatkan tenaga. Oleh itu sahur puasa ke-12 kitaorg berlaukkan ikan bilis grg sambal + telur grg.
Insyallah esok piscesandleo akan berbuka di luar lagi. Selamat berbuka!!!
1 tots:
huhu..mmg heaven berbuka kat sini
Post a Comment