Tis year masuk thn kedua piscesandleo berpuasa bersama. Seperti thn lepas, kami banyak berbuka di rumah sahaja. Melainkan ada jemputan untuk berbuka beramai-ramai di luar. Setakat ini ada 3 kali berbuka yang akan kami hadiri bersama rakan2. Working hours dah dipendekkan sehingga 430pm. Seronoknya dapat blk awal. Smpi kawasan rumah aku akan ambil Leo kat parking luar coz he need to park our Kancil outside. Then, straight away pergi pasar ramadhan. Selalunya kitaorg pergi pasar ramadhan dekat court 3 tp ada juga kat USJ 4. Sebab tak nak bosan ngan juadah2 yang dijual so gilir2 ler antara pasar ramadhan tu.
Ini baru hari ke-5..nanti dah sampai hr ke-15 dua2 pasar tu pun nnt akan jadi bosan. Aku tak pernah lagi memasak untuk berbuka. Semua beli jer. Untuk sahur aku akan masak. Sebab bila sampai rumah bole rileks2 skit sebelum berbuka. Kalau masak mmg rushing juga kot. Semlm berbuka kitarg mkn keateow grg saja. Kuih pun satu jenis jer. Masing2 xtahu nak beli apa kat pasar.
Selalunya sahur aku akan bangun dulu panaskan makanan then baru kejut Leo. Lepas sahur tunggu azan subuh. Lps semayang sambung tido balik. Selalunya bila sambung tido balik nak bangun memang ler susah. Ngantuk jer bila nk gi keja. Dah ler masuk keja pukul 8am.
Tetiap kali bulan Ramadhan hati mesti ceria walaupun penat berpuasa. Dah ler blk keja pun awal. Then sibuk nak order kuih raya, nak cari baju raya. Seronok kalau pergi shopping mall tgk jualan barang2 raya. Hati pun akan terus teringat nak raya jer. Bila berpuasa dlm fikiran dapat membayang cuti raya. So seronok menghitung hari nak balik kampung beraya.
Hr ni gaji dah masuk. Balik ni kitaorg nak kena buat budget untuk raya ler. 2 minggu lagi duit kuih, duit upah semua dah nak kena bayar. Pastu duit raya parent + adik+ anak buah + kazen2 lagi...seronok2 tp kena beringat juga ler..takut kang pas raya kitaorg bfast, lunch dinner mkn kuih raya jer.
Selamat berpuasa semua. Semoga ibadah puasa ini dapat membersihkan hati dan meningkatkan iman kita.

1 tots:
selamat berbuka..
Post a Comment