So piscesandleo pun tidak terlepas drpd jemputan perkahwinan yang begitu byk sekali. Maklum ler umur2 baya gini ler yang sedang enak ranum dan cukup tahap matang untuk berkahwin. Maka hari2 minggu kami dihabiskan menghadiri jemputan2 tersebut.
Ni gambar kahwin Che Nan dan Hakim dekat Shah Alam. Che Nan ni member sekolah pisces. Dapat jumpa member2 lama mcm Arin (baju hitam) , Mazni(bunga pink), Ruhil(baju pink) and emmy(baju hijau). Bukan senang dapat jumpa2 gini. Time2 kenduri mcm ni ler yang boleh member2 lama.
Balik dari kenduri terus ker GH melawat Bashir (cousin Leo) yang baru menjalani operasi (pembedahan). Sembang dengan Teh La(ibu Bashir) sehingga tidak menyedari jam sudah pukul 6.30. Tidak sedar ohh sudah 2 jam kami di sini. Minta diri untuk pulang kerana Leo ada dinner bersama rakan2 sekolah nya pada malam itu. Actually jemputan dinner tu pukul 6.30pm. Sungguh sudah kelewatan.
Kepada semua rakan-rakan yang baru berumah tangga, semoga kalian bahagia sehingga abadi.

Senyuman terakhir sebelum bergelar isteri =)..Around 12ish aku ngan Leo sampai kat masjid. Janji dengan Ina nak tgk dia akad nikah. Kitaorg sampai on time ler kiranya. Tok Kadi baru nak memulakan mukadimahnya.
Alhamdulillah. Selamat sudah menjadi isteri orang. Best nyer sorang lagi kawan baik aku berkahwin. Bulan 3 lps Lian kawen tapi kitaorg tak dapat blk Penang. Sebenarnya janji ngan Lian nak jumpa kat sini tapi Lian lambat coz dia ada kenduri di rumah cousinnya. So decide jumpa kat umah Ina jer ler.
Kitaorg tunggu Lian sampai then masuk umah sesama. Segan skit sebab Ina buat kenduri kecil2 jer. Ramai sedara-mara dia jer yg ado. Wah, Lian pun ada good news. Time ni dia dah 5 minggu. Awal thn depan jadi mak ler. Tahniah Lian.
Kepada Ina, selamat pengantin baru. Semoga bahagia ke akhir hayat. Ina ni banyak berjasa kat kitaorg ni. Kerana dia ler aku bertemu Leo. eceeehhh. Sayang Leo..muah muah..eh silap..Sayang Ina..muaaaaxxx.