Sekarang ni pintu bilik air kena sentiasa ditutup. Kalau terlepas pandang ada juga dia berenang atas lantai bilik air tuh.
Akal pun dah lebih sekarang. Dah dapat skill baru iaitu memanjat kereta kecil dia dengan kedua-dua belah kaki atas seat kereta sambil berdiri.
![]() |
| Time ni baru dapat lesen L |
Ahad petang lepas Areeq bangun tidur terasa nak keluar jalan-jalan kejap. Ibu ajak ayah pergi taman tapi ayah nak balik awal before pukul 7 nak tengok bola. Then ayah cadang ke Empire Subang sebab dekat dengan rumah. Ibu dgn Areeq ok saja.
Sampai sana terus cari tempat nak makan. Nak jalan-jalan mcm tak best sebab dah takde budget nak shopping-shopping ni. Kitaorg makan kat Serai.
![]() |
| Areeq nak makan apa? |
![]() |
| Sedapnya... |
Birthday ayah dah nak dekat ni. Nak makan mana yer?? :)




