On CNY tahun ni Club 1033 iaitu club family Hj Md Noor dan Hjh Che Siah telah mengadakan family day yang ke-2. Ni club untuk anak cucu awan (gelaran utk tokwan) and mak (gelaran utk nenek) sebelah mak aku. Kali ni kitaorg up skit dr yg 1st. Last time kitaorg buat kat Batu Feringghi jer. Time tu last minute plan. Budget pun agak2 ciput jer. Untuk hadiah cabutan bertuah main amik barang2 terpakai kat rumah masing-masing jer. Untuk imbasan mari kita saksikan beberapa keping gmbr 1st family day dulu.
 |
| Baru sampai semua tgh lapar |
 |
| Tak ingat ngan periuk belanga semua bawa |
 |
| Pelarian bot karam |
Untuk family day kali ni kitaorg buat kat Bukit Merah Lake Town Resort. AJK-AJK telah dilantik dengan sendirinya. Pengerusi majlis Encik Ayen telah berkerja keras membuat persiapan dengan dibantu oleh pengikut-pengikut. Untuk yang jauh diperantauan mcm aku ni jadi pemantau aje ler :). Aku ditugaskan bahagian hadiah. Tapi bila smpi Penang banyak hadiah dah siap dibalut. Just malam before bertolak tu ramai2 double check hadiah supaya hadiah cabutan bertuah mencukupi untuk semua orang.
Hadiah untuk games ok ler. Tapi hadiah cabutan bertuah mmg lawak2. Paling tak tahan semua takut kalau bertuah dapat bag Avon. Padahal ok apa kan dapat bag Avon tuh. Hadiah cabutan bertuah ada lebih 1. Akhirnya sapa pun tak bertuah memenangi bag Avon. Ni bukan cabutan bertuah tapi cabutan nasib. Aku mmg kurang nasib sebab dapat mug dari anynomous yg mmg dapat mug tu pun percuma juga.
Bertolak dr rumah pukul 9.30am. Singgah breakfast di RnR Juru. Sampai Bukit Merah pukul 11am. President gi checkin bilik n kitaorg ramai gi jalan2 kat waterpark. Tp tak masuk dlm. Just lepak kat luar aje.
 |
| Matahari tgh mencacak atas kepala |
 |
| Semua orang dah siap berpakaian utk games kecuali piscesandleo |
 |
| Bergambar beramai-ramai |
Kitaorg sewa 4 apartment. Apartment untuk veteran-veteran jadi HQ. Yang lain semua dibahagikan kepada 3 apartment. Masuk apartment masing-masing rest2 dulu sebelum turun lunch kat HQ. Lunch telah disediakan oleh AJK-AJK masak memasak. Lepas lunch lepak2 kat HQ then ada acara games. Time ni matahari mmg tengah terik lagi. Aku dok dlm apartment jer nk bagi Areeq tido. Tapi smpi kesudah dia tak nak tido. Last-last aku join juga lgames tu. Lagipun ramai kakitangan yang bergilir-gilir dukung Areeq.
 |
| Ahli2 veteran yang kena paksa cari gula-gula dalam tepung |
Lepas penat bersukanria, pukul 6pm semua ahli-ahli muda terjun ke pool pulak. Then balik bilik kena siap2 sebab lepas maghrib ada dinner. Tema dinner adalah retro. Tapi kitaog tak ikut tema sebab tak tahu. Dah smpi Penang baru tahu ada tema.
 |
| Retro sgt ler kannn |
Time makan2 ada acara penyampaian hadiah kat pemenang2 acara sukan n 2 indoor games mlm tu.
1st games buat baju pakai paper n last sekali musical chair. Biasa ler acara typical.
 |
| 1st place - Paksu |
 |
| 2nd place - Acu |
 |
| 3rd place - Ndak |
Yang terakhir harus ler ada king and queen of the nite. And the winners goes to...
 |
| Mamu Ady n Makbu.. tepuk tangan 3x |
Settle semua pukul 12.30pm. Areeq pun dah mengamuk mengantuk. Aku balik bilik dulu kasi dia tido. Yang lelaki kena kemas2. Balik apartment kitaorg layan Hantu Kak Limah Balik Rumah smpi pukul 3am.
Then esoknya pukul 12pm checkout and kitaorg pulang ke destinasi masing-masing. Aku terus blk ke KL. hari Sabtu pun jamm juga. Tapi hari Ahad esoknya mmg lagi teruk jamm. Selamat kitaorg blk Sabtu. Yang lain balik ke Penang.
Hope next family day kita kasi up lagi :)
0 tots:
Post a Comment